Giliran DAP selar kenyataan Rafizi berhubung Kabinet


The Malaysian Insight

DAP dan Amanah menafikan kenyataan Rafizi Ramli bahawa lantikan ahli Kabinet yang baru dibuat tanpa persetujuan PKR.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke yang menghadiri mesyuarat itu berkata ia berjalan lancar dan parti itu juga tidak mempunyai bantahan terhadap lantikan tiga menteri Kabinet.

“Tidak ada masalah. DAP setiakawan. Apa yang kita minta adalah layanan yang adil, bukan permintaan yang tidak munasabah, “katanya kepada Malaysia Decides.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menambah bahawa keputusan tersebut telah dirundingkan antara empat parti komponen PH.

Ketika ditanya mengenai Rafizi, Loke berkata “tanya dia sendiri kenapa dia kata begitu.”

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata keputusan itu dibuat secara konsensus dan dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden pagi ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan tiga nama menteri Kabinet yang baru.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri dan Presiden Amanah Mohamed Sabu sebagai menteri pertahanan. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen