ANWAR Ibrahim akan dibebaskan pada hari Selasa, kata anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, hari ini.
Channel NewsAsia memetik beliau sebagai berkata bahawa ketua umum PKR itu akan menerima pengampunan penuh.
Dilaporkan bahawa Dr Mahathir Mohamad berkata Agong telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu selepas majlis angkat sumpah perdana menteri di Istana Negara pada malam Khamis.
Pengampunan akan membolehkan Anwar untuk mengambil bahagian dalam politik sekali lagi. – 12 Mei, 2018.
Komen