KETUA Wanita PKR Zuraida Kamarudin mengumumkan penyertaan dua ahli Parlimen bebas iaitu Jugah Muyang dari Lubuk Antu dan Larry Sng dari Julau ke dalam Pakatan Harapan (PH).
“Pada masa ini PKR mempunyai empat ahli Parlimen yang memenangi pilihan raya sebelum ini dan ditambah dua dengan penyertaan ini, maka kini kami mempunyai enam ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita di Hospital Pemulihan Cheras di mana Ketua Umum PH Anwar Ibrahim ditempatkan.
Ketika ditanya sama ada penyertaan tersebut akan menjejaskan kedaulatan parti, Zuraida berkata tidak ada masalah kerana mereka bertanding tiket bebas. – 12 Mei, 2018.
Komen