SELEPAS kempen selama 14 hari, 39,151 pengundi berdaftar di Sungai Bakap akan menunaikan tanggungjawab membuang undi hari ini.
Proses mengundi yang bermula 8 pagi ini akan tamat jam 6 petang. Sungai Bakap terletak bersempadan dengan Kulim-Bandar Bahru di Kedah.
Penduduk boleh memeriksa kelayakan mengundi menerusi mysprsemak.spr.gov.my.
Cuaca diramalkan cerah dengan hujan sekejap. Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku berikutan cuti hujung minggu yang panjang dengan cuti umum sempena Awal Muharram.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) Ikmalrudin Ishak berkata menasihatkan orang ramai datang awal untuk mengundi.
Kira-kira 500 anggota polis dan kakitangan SPR akan bertugas.
Pilihan raya kecil (PRK) itu menyakikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin, 60, dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, 56.
Jumlah pengundi keluar mengundi dijangka sederhana. Kedua-dua parti bertanding mengharapkan 80% keluar mengundi, berbanding 61% pada PRK Kuala Kubu Baru, Selangor.
Penganalisis politik Rahmad Ishak berkata jumlah pengundi keluar mengundi pada PRK biasanya sederhana kecuali jika keputusannya akan beberi kesan kepada kerajaan negeri atau negara.
Katanya, keputusan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan DUN Pulau Pinang di mana PH memegang majoriti dua pertiga dengan 29 kerusi sementara PN 10 kerusi.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Yusoff pada Mei.
Kemenangan PN akan membolehkan PAS mendakwa ia adalah “gelombang hijau”, yang membawa kepada kemenangan empat negeri, masih berterusan.
Jika PH menang, ia memberi isyarat pakatan itu kembali mendapat sokongan orang Melayu yang rasa terkhianat apabila Umno bekerjasama dengan PKR dan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Menteri Besar Kedah Muhammed Sanusi Md Nor mengetuai jentera pilihan raya PN sementara Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengharapkan kepimpinannya diakui menerusi kemenangan PH. – 6 Julai, 2024.
Komen