Kehangatan PRK Sungai Bakap semakin terasa


Kurang daripada 24 jam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap di Pulau Pinang akan banyak ditentukan oleh pengundi luar kawasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Julai, 2024.

DENGAN kurang daripada 24 jam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap di Pulau Pinang akan banyak ditentukan oleh pengundi luar kawasan.

Selepas 14 hari berkempen pilihan kini terletak di tangan 39,279 pengundi yang mana sebahagian besar daripada mereka bekerja atau tinggal di tempat lain iaitu di daerah lain di Pulau Pinang atau Lembah Klang.

Calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin merayu kepada setiap pengundi untuk keluar dan menunaikan hak mereka manakala Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang A. Kumaseran berkata beliau akan menyediakan pengangkutan untuk membawa warga emas dan pengundi orang kurang upaya (OKU) ke pusat pengundian masing-masing pada esok.

Joohari berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional, Naib Pengerusi PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari PAS/Perikatan, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pesanan daripada PH jelas - keluar dan mengundi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap kadar keluar mengundi yang tinggi sekitar 75%, berbanding PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor baru-baru ini yang hanya mencatatkan kadar keluar mengundi 61.5%.

Kehadiran yang tinggi akan membantu meneutralkan pengundi tegar yang PAS miliki di beberapa kawasan Melayu dalam kawasan yang bersempadan dengan Kulim-Bandar Bahru di Kedah dan Bukit Mertajam serta Batu Kawan di Pulau Pinang.

Bagi Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengetuai jentera kempen PH perlu berhati-hati dalam menarik pengundi luar kawasan kerana golongan muda nampaknya menyebelahi PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu pada Ogos tahun lepas.

Namun Rafizi optimis menyatakan kemarahan orang Melayu terhadap kehilangan keyakinan kepada Umno dan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan bekas musuh Anwar Ibrahim berkurangan.

“Komuniti tahu apa sahaja yang mereka lakukan, kerajaan (negeri) tidak akan berubah, jadi adalah lebih baik untuk hidup bersama dengan kerajaan sedia ada untuk membangunkan diri mereka dan negara,” katanya.

Namun sama ada ini akan diterjemahkan kepada undi untuk PH masih belum pasti, tambahnya.

PH agak selesa dengan pengundi Cina yang membentuk 22% daripada pengundi dan pengundi India sebanyak 17%, walaupun bekas timbalan ketua menteri II P. Ramasamy menggesa komuniti India memboikot PRK kerana kononnya mereka dipinggirkan.

Orang Melayu kekal sebagai blok pengundi dominan kira-kira 59% di Sungai Bakap.

Di pihak PAS mereka berharap pengundi atas pagar yang kebanyakannya adalah sekitar 5,000 ahli akar umbi Umno akan kekal bersama mereka dan bukannya menyokong PH.

Abidin berkata mereka yakin kumpulan pengundi ini akan memberikan mereka kelebihan besar. – 5 Julai, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen