Osman Sapian angkat sumpah MB Johor


The Malaysian Insight

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Osman Sapian hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor ke-16 yang baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Osman, 67, merupakan setiausaha PH Johor, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Tapah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang tadi.

Berangkat sama dalam majlis itu adalah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Osman menggantikan Khaled Nordin, menteri besar daripada Barisan Nasional (BN) selepas PH berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

PH kini mempunyai 39 kerusi DUN, BN 16 kerusi manakala PAS memenangi 1 kerusi apabila tiga Adun Umno menyertai Bersatu awal hari ini. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen