Musa Aman teruskan mesyuarat Kabinet Sabah yang pertama


The Malaysian Insight

KETUA menteri Sabah semasa, Musa Aman meneruskan tugasnya dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini ketika Presiden Warisan Shafie Apdal sedang membuat persiapan bagi majlis angkat sumpah malam ini.

Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey Kitingan berkata Musa tidak menunjukkan hasrat untuk meletak jawatan walaupun Warisan kini mempunyai majoriti 36 kerusi.

“Saya tidak tahu sama ada beliau mahu meletak jawatan, kerana mesyuarat Kabinet pertama sudah diadakan. Bagaimana ketua negeri menerima angkat sumpah dua ketua menteri,” katanya ketika ditemui di pusat pentadbiran Negeri di Likas, Kota Kinabalu.

Musa, pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, mengangkat sumpah pada malam Khamis dan mengumumkan Kabinetnya pada hari berikutnya. Jawatan ketua menteri menjadi kenyataan selepas Jeffrey, presiden Star, memberi sokongan kepada Musa, sekali gus memberikannya bilangan kerusi yang diperlukan untuk membolehkan beliau mengangkat sumpah.

Bagaimanapun, kemudian empat Adun Umno menyertai Warisan manakala dua Adun Upko dan wakil BN dari Parti Bersatu Rakyat menjalinkan hubungan dengan parti itu.

Warisan kini mempunyai majoriti 36 kerusi di dewan perundangan Sabah, memberikan Shafie majoriti kepercayaan untuk membentuk kerajaan negeri.

BN mempunyai 26 kerusi negeri.

Pegawai Istana Negeri berada di rumah Shafie petang ini di mana beliau menandatangani beberapa dokumen di depan wakil istana.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking mengesahkan upacara angkat sumpah Shafie akan berlangsung di Istana Negeri pada jam 9 malam.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka melawat Shafie malam ini selepas majlis angkat sumpah.Jeffrey berkata ia

tidak wajar kerana pemimpin persekutuan tidak harus campur tangan dalam hal negeri. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen