UMNO perlu bersatu dan menerima peletakan jawatan Najib Razak sebagai presiden Umno, kata Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil.
“Kami menerima peletakan jawatannya yang diambil selepas keputusan pilihan raya,” kata Shahrizat.
Beliau berkata ahli Wanita haruslah bersatu selepas pilihan raya dan mengenal pasti punca kekalahan itu.
Beliau berkata parti itu akan menjalankan bedah siasat untuk melihat apa yang berlaku.
“Umno masih merupakan parti besar dan kita boleh bangkit semula,” katanya.
Apabila diminta mengulas mengenai berita yang Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara itu oleh Jabatan Imigresen, Shahrizat melambai kepada wartawan itu dan berlalu pergi. – 12 Mei, 2018.
Komen