Najib letak jawatan presiden Umno, pengerusi BN


The Malaysian Insight

PRESIDEN Umno Najib Razak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua parti dan juga sebagai pengerusi gabungan parti Barisan Nasional (BN) susulan prestasi buruk dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Katanya, perkara itu diputuskan oleh biro politik Umno dan turut disokong oleh kesemua sayap parti tersebut hari ini.

“Kami mengambil kira keadaan semasa yang begitu getir dan memandangkan bahawa Umno dan BN mengalami kekalahan yang amat berat, maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai preiden Umno dan pengerusi BN serta merta.

“Ini adalah kerana mengikut prinsip sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam sesuatu pilihan raya maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan .

Beliau juga mengumumkan, tugas-tugas presiden parti Umno dan pengerusi BN kini dijalankan oleh timbalan presiden Zahid Hamidi.

Tugas timbalan presiden parti Umno dan timbalan pengerusi BN dijalankan oleh naib presiden Hishammuddin Hussein, katanya. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen