Jumat Idris luah kemarahan terhadap Musa Aman di Facebook


The Malaysian Insight

KETIKA penduduk Sabah menunggu penuh debar majlis angkat sumpah Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai ketua menteri malam ini, seorang pemimpin tidak lagi menyekat kata-katanya mengenai kejatuhan Barisan Nasional di negeri itu.

Ahli Umno yang digantung Jumat Idris memecahkan kebisuan selama ini dan mengeluarkan kenyataan pedas kepada Pengerusi BN Sabah Musa Aman.

“Kepada Musa Aman hormatilah kehendak rakyat Sabah dan letak jawatan. Allah sudah tentukan nasib kamu sampai di sini. Dulu kau gantung saya dan Shafee (Apdal), sekarang giliran kamu pula,” katanya menerusi akaun Facebook hari ini.

Jumat juga berikrar akan mendedahkan semua tanah milik Musa dan ahli keluarganya di Sepanggar dan akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen