PENGUMUMAN kabinet kerajaan Pakatan Harapan tertangguh walaupun beberapa tokoh utama negara dilihat datang ke Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.
Antara tokoh terkenal negara yang hadir ialah bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas Pengerusi Petronas Hassan Marican.
Tidak lama kemudian, Ketua Polis Negara Fuzi Harun dan Ketua Angkatan Tentera Raja Mohammad Affandi Raja Mohamed Noor turut sampai.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan jawatan kabinet 10 menteri hari ini.
Portfolio menteri antaranya kewangan, dalam negeri, pertahanan, pendidikan, pembangunan luar bandar, ekonomi, kerja raya, pengangkutan, luar negara dan multimedia, sains dan teknologi.
Khabar angin bertiup kencang yang Dr Mahathir akan memegang dua portfolio, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga akan dilantik jadi menteri. – 12 Mei, 2018.
MENYUSUL LAGI
Komen