Jangan buat perjanjian dengan Taib Mahmud, kata Sarawak Report kepada Dr Mahathir


The Malaysian Insight

SARAWAK Report menggesa kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tidak melakukan sebarang perjanjian dengan kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Ketua Pengarangnya, Clare Rewcastle- Brown mengatakan parti komponen BN negeri itu juga sepatutnya tidak dibenarkan “melompat” ke dalam PH, memberi amaran yang Gabenor Taib Mahmud masih mempunyai pengaruh besar dan tidak boleh dipercayai.

“Pemimpin Harapan tidak boleh membuat perjanjian dengan Taib yang boleh mencemarkan imej kerajaan dan mengkhianati sokongan penyokong sebenar,” katanya dalam lidah pengarang portal itu.

Tindakan itu yang melibatkan 19 Parlimen yang kini milik Sarawak, berpotensi mengurangkan jumlah kerusi BN di Parlimen kepada 60 kerusi sahaja, dan menambah kerusi PH kepada 141, kurang tujuh untuk membentuk majoriti dua pertiga.

“Menurut laporan, tiga bekas sekutu lama politik duduk berbincang semalam untuk menyelamatkan kesepakatan yang rosak. Perdana menteri baru, bekas menteri kewangannya (Daim Zainuddin) dan Gabenor Sarawak.

“Susulan perbincangan itu dikatakan yang Taib, yang masih berkuasa di negeri itu bersetuju untuk memindahkan partinya PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak) daripada BN kepada Harapan, seterusnya mengukuhkan kuasa pakatan pemerintah baru dengan majoriti lebih besar- sesuatu yang dimahukan Dr Mahathir yang selalu mentadbir dengan jenis (majoriti) itu.”

Rewcastle-Brown mengatakan Dr Mahathir tidak boleh mengumumkan siasatan penuh kepada 1MDB dan menyiasat bekas Perdana Menteri Najib Razak, “tetapi menutup mata kepada berpuluh billion yang diambil dari Sarawak.”

“(Dr Mahathir) tidak boleh siasat korupsi yang menyebabkan rakyat Malaysia menderita tanpa menghapuskan salah satu korupsi terburuk, yang melibatkan perniagaan besar milik kerajaan negeri, tanah dan monopoli yang dimilik keluarga Taib Mahmud.” – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen