“SAYA harap perkara ini tidak pernah terjadi.”
Itu yang diucapkan Goh Yan Eng, pemilik kedai runcit yang terbabit dalam pergaduhan di dalam premisnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang dua minggu lalu.
Mengenang pergaduhannya dengan seorang pelanggan berbangsa India, Goh yag juga pemilik Kim Leong Mini Market, berkata beliau menyesal dengan apa yang berlaku, hingga menyebabkan beliau dipenjarakan dua hari.
“Apabila video bergaduh itu tular pada malam Rabu, saya tidak boleh tidur.
“Kemudian polis tahan dan penjarakan saya dua hari. Saya dibebaskan pada sabtu dan sampai sekarnag saya tidak boleh tidur,” katanya dalam satu temubual dengan BFM.
Pada 5 Jun tukar video menunjukkan pergaduhan antara Goh dan pelanggannya mencetuskan kekecohan di media sosial.
Dalam video itu, seorang pelanggan menghempas topi keledarnya di tempat juruwang dan mencabar pemilik kedai untuk berlawan “one-on-one”.
Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Mereka ditahan dua hari dan dibebaskan pada 8 Jun.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata kedua-duanya saling bermaafan dan menarik balik laporan polis masing-masing.
Sejak itu, tular di media sosial gambar mereka bersalaman dan tersenyum.
Dalam temubual dengan BFM, Goh turut menjelaskan insiden itu tidak bermotifkan perkauman, atau berpunca daripada pelanggan itu mabuk.
“Insiden itu bukan sesuatu yang kami mahu. Ia bukan isu kaum atau kerana dia mabuk.
“Ada yang kata isu tercetus kerana dia mabuk. Tetapi bukan begitu,” katanya. – 19 Jun, 2024.
Komen