Najib akur sekatan, akan kekal dalam negara


The Malaysian Insight

BEKAS Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau akur dengan sekatan imigresen yang menghalang beliau dan isterinya Rosmah Mansir keluar negara.

Najib berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga keluar negara.

“Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” katanya di Twitter.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Imigresen menyebut Najib dan isterinya Rosmah Mansor disenarai hitamkan dari keluar negara.

Sekatan itu dibuat susulan pengumuman Najib untuk keluar negara awal pagi ini.

Cakap-cakap mengenai tindakannya untuk keluar negara itu mula dikesan sejak malam tadi apabila nama beliau dan isterinya didapati tersenarai sebagai penumpang sebuah jet yang dijadualkan berlepas ke Indonesia pagi ini. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen