Imigresen sahkan Najib, Rosmah tak boleh keluar negara


The Malaysian Insight

NAJIB Razak dan isteri Rosmah Mansor sudah dimasukkan dalam senarai hitam melarang mereka meninggalkan negara, kata Jabatan Imigresen hari ini.

“Jabatan Imigresen Malaysia  ingin mengesahkan bahawa Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara,” tulis jabatan itu menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

The Malay Mail juga melaporkan sumber polis yang mengatakan bekas perdana menteri dan isteri itu tidak akan terbang ke Indonesia hari ini seperti mana dijadualkan.

Penerbangan itu dijadualkan akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada jam 10 pagi tadi ke Jakarta tetapi “sudah dibatalkan sehingga arahan lanjut,” kata polis lagi. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen