KESUSAHAN 23 keluarga di perumahan setinggan di Ladang Sungai Kechil di Sungai Bakap Pulau Pinang hampir diselesaikan apabila pilihan raya kecil (PRK) semakin hampir.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow melawat keluarga di perumahan itu untuk menyelesaikan isu perumahan mereka.
“Negeri akan memperuntukkan RM5.13 juta bagi tujuan pengambilan tanah seluas enam ekar di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.”
Chow menjelaskan, kes itu berlarutan kerana pemilik tanah menolak kuantum pampasan awal RM5 juta dan membawa perkara itu ke mahkamah.
Mahkamah memutuskan pada 2022 bahawa negeri perlu membayar sebahagian daripada tuntutan sebanyak RM625,651.07 untuk menaikkan keseluruhan jumlah pampasan kepada RM5.13 juta.
“Bayaran itu diselesaikan sepenuhnya kepada pemilik tanah pada April, jadi kerja boleh mula membina rumah untuk 23 keluarga yang terjejas,” kata Chow selepas melawat Kawasan setinggan itu.
Mereka yang menetap di situ merupakan ahli keluarga pekerja ladang asal di Sungai Kechil.
Pada awalnya ereka diberitahu untuk mengosongkan rumah pada 2016 selepas pemilik tanah memperuntukkan kawasan itu untuk pembangunan semula komersial.
Exco perumahan Pulau Pinang S. Sundarajoo berkata negeri itu akan membangunkan skim rumah mampu milik di atas tanah yang diperolehnya.
Sebahagian daripada unit yang dibina akan disalurkan kepada 23 keluarga manakala yang lain akan disediakan kepada penerima lain yang layak, katanya. – 15 Jun 2024.
Komen