Anwar, Muhyiddin setuju tamatkan saman fitnah


Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin bersetuju menamatkan pertikaian peribadi antara mereka membabitkan dua saman fitnah di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun 2024.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bersetuju menamatkan pertikaian peribadi antara mereka membabitkan dua saman fitnah di Mahkamah Tinggi.

Presiden Pakatan Harapan dan Muhyiddin menyelesaikan pertikaian mereka dengan menyatakan kebimbangan terhadap kebajikan rakyat sebagai pertimbangan untuk penyelesaian itu.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Mahkamah Tinggi dan pegawai mahkamah terbabit.

“Kami juga bersetuju untuk tidak mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkara itu.

“Kami berharap keputusan ini tidak akan digunakan sebagai alat untuk mengganggu kestabilan negara, kesejahteraan rakyat dan juga keyakinan terhadap badan kehakiman,” kata mereka dalam satu kenyataan.

New Straits Times melaporkan jurucakap rasmi berkata saman fitnah itu berkaitan dengan pertikaian penyelesaian hutang Felda antara kedua-duanya dan mendakwa Anwar dibayar RM15 juta semasa beliau menjadi penasihat ekonomi kepada Selangor. – 14 Jun 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen