NAJIB Razak dan isteri Rosmah Mansor tidak disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen, ketua pengarahnya Mustafar Ali dilaporkan sebagai berkata hari ini.
Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kedua-duanya dibenarkan ke Indonesia dengan pesawat peribadi menurut butiran penerbangan yang tersebar di media sosial sejak malam tadi.
“Tidak….beliau tidak disenari hitam setakat ini,” kata Mustafar, sekaligus menolak dakwaan bekas perdana menteri dan isterinya dihalang ke luar negara.
Petugas media kini sedang menunggu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang di mana pesawat peribadi yang dilaporkan milik ahli perniagaan Indonesia Peter Sandokh yang juga penasihat Najib, akan membawa pasangan itu ke Jakarta pada jam 10 pagi.
Terdahulu, Najib hari ini memuat naik di media sosial bahawa beliau mahu berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya. – 12 Mei, 2018.
Komen