Najib dan Rosmah disenarai hitam ke luar negara


The Malaysian Insight

NAJIB Razak dan Rosmah Mansor tidak dapat meninggalkan negara kerana disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen selepas timbul khabar angin di media sosial berhubung rancangan bekas perdana menteri dan isterinya untuk meninggalkan negara ini.

Semakan pada sistem Semakan Kawalan Imigresen (SSPI) menunjukkan mereka disenarai hitam.

Portal berita Malaysiakini melaporkan semakan dibuat menggunakan nombor kad pengenalan pasangan itu dan mendapati mereka telah disenarai hitam.

“Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat” – paparan biasa yang akan diterima oleh sesiapa yang disenarai hitam oleh jabatan berkenaan.

Sejak malam tadi butiran penerbangan berkenaan tersebar di media sosial bahawa pasangan berkenaan akan berlepas ke Indonesia dari lapangan terbang Subang pagi ini dengan pesawat peribadi.

Ketika ini petugas media berkumpul di lapangan terbang berkenaan untuk menunggu pasangan berkenaan. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen