SEBARANG keputusan untuk menerima parti Barisan Nasional (BN) Sarawak ke dalam Pakatan Harapan (PH) akan dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat yang sebelum ini “ditindas sejak sekian lama oleh kerajaan BN” atas sokongan mereka, kata pengerusi PKR negeri itu, Baru Bian.
Ahli Parlimen Selangau yang baru dipilih itu menyuarakan bantahan terhadap sebarang kemungkinan BN Sarawak menyertai PH yang telah menumbangkan BN dan mengambil alih Putrajaya.
Senada pengerusi PH negeri itu Chong Chieng Jen yang menyatakan bantahannya dalam satu kenyataan berasingan semalam, Baru turut menentang kemasukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke dalam PH dan menyifatkan mereka sebagai “proksi Umno di Sarawak”.
PBB mengetuai empat parti pakatan BN di negeri itu yang terdiri daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Partu Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Baru, yang memenangi kerusi Selangau pada pilihan raya baru-baru ini, mendedahkan bahawa selepas tiga pemimpin PH Sarawak – Chong, Fidzuan Zaidi dari Amanah dirinya sendiri – mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu semalam, beliau menulis surat kepada presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agung PH Saifuddin Abdullah “untuk menyatakan pendirian teguh menentang penerimaan sebarang parti BN ke dalam Pakatan Harapan”.
Baru berkata, pimpinan PH “memahami pendirian kami berhubung PBB”.
Katanya, selain menjadi proksi Umno di Sarawak, pemimpin PBB dibenarkan menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendapatkan kekayaan, “menafikan hak sebenar rakyat”.
“Mereka menyelar dan memperlekehkan pendirian kami terhadap isu seperti NCR (hak adat asli) dan pencabulan hak asasi manusia, oleh pihak berkuasa kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan yang berkuasa.
“Bukan itu sahaja, mereka menyindir dan menghina kami, memperlekehkan pengerusi Pakatan Harapan (perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mengejek manifesto kami.
“Bagi mereka yang menyatakan hasrat untuk menyertai kami hanyalah satu hipokrasi dan kami berhak mempersoalkan motif mereka.”
Baru berkata anggota PKR, sebuah parti yang mempunyai “kebenaran dan keadilan sebagai raison d’etre”, mengalu-alukan mana-mana parti BN menjadi PH tidak dapat difikirkan.
Chong semalam berkata ia akan sama dengan penerimaan Umno ke PH.
Baru berkata jika PBB atau mana-mana pihak BN Sarawak yang lain membuat pendekatan itu, pemimpin-pemimpin PH negeri berharap dapat dirujuk.
“Apa-apa keputusan yang dibuat mestilah melalui konsensus dalam gabungan di peringkat kebangsaan dan negeri.” – 12 Mei, 2018.
Komen