PERINTAH reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun akan dilanjutkan.
Menurut laporan The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.
“Ya, reman akan dilanjutkan esok,” katanya.
Ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang ditemui mati di Damansara Damai Disember lalu direman tujuh hari oleh mahkamah majistret pada 1 Jun lalu.
Majistret Azura Mohd Saad membenarkan reman itu, dan pasangan itu akan ditahan sehingga 9 Jun ini.
Polis menahan ibu bapa, kedua-duanya berusia 28 tahun, pada 31 Mei lalu berdasarkan hasil risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.
Kes itu, yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, telah difailkan semula sebagai pembunuhan selepas polis menemui bukti melakukan kesalahan.
Mayat Zayn selepas lebih 30 jam dia dilaporkan hilang pada 5 Disember.
Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn. Polis percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di anak sungai.
Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata polis telah merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu. – 6 Jun, 2024.
Komen