EXCO Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanipa presiden parti Najib Razak melepaskan jawatan sebagai dengan kerelaan hati, bagi proses transformasi parti berjalan lancar .
Beliau berkata bekas perdana menteri itu perlu bertanggungjawab susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Rabu lalu.
“Kami menuntut dan mendesak Najib segera melepaskan jawatan presiden demi kepentingan Umno.
“Desakan ini bukan kerana kami benci, tetapi kami meletakkan kepentingan parti di hadapan demi survival parti keramat Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendesak supaya pemimpin Umno memberikan peluang dan keutamaan pada kepimpinan muda untuk memacu parti ni demi kelangsungan parti di mata rakyat.
“Kami sayangkan Umno dan kami mahu Umno kekal relevan pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim turut mendesak Najib meletak jawatan kerana berpendapat Johor jatuh ke tangan Pakatan Harapan kerana Najib.
Pemuda Umno Kedah juga mengeluarkan kenyataan sama.
Ironinya, hari ini ialah ulang tahun ke-72 Umno yang diraikan di PWTC dalam satu majlis sederhana.
Malam ini juga, berlaku pergaduhan antara ahli Umno ketika sambutan itu apabila sekumpulan Pemuda Umno mahu bercakap dengan media. – 11 Mei, 2018.
Komen