Pemuda Umno gaduh luar PWTC desak Najib letak jawatan


The Malaysian Insight

PERGELUTAN kecil berlaku di laluan masuk ke Menara Dato Onn di PWTC malam ini apabila beberapa ahli Pemuda Umno mahu memberikan sidang akhbar.

Sebelum ahli Pemuda berkenaan dapat bercakap, mereka dihalau oleh ahli Umno lain.

Beberapa anggota polis yang ada di situ dapat mengawal insiden itu dan mereka meninggalkan kawasan itu.

Awal malam ini lebih 1,000 ahli Umno berkumpul di ibu pejabat Umno itu untuk meraikan ulang tahun ke-72 parti itu.

Acara yang agama hambar itu dimulakan dengan solat bersama presiden Najib Razak dan beberapa ahli Majlis Tertinggi sebelum makan malam.

Bagaimanapun, Najib tidak memberi ucapan pada sidang akhbar dan terus ke majlis makan malam.

Turut serta pada majlis makan malam itu ialah naib presiden Ahmad Zahid Hamidi Hishammuddin Hussein, ketua penerangan Annuar Musa, setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor selain Jamil Khir Baharom, Mustapha Mohamed dan Noh Omar.

Antara yang tidak hadir ialah ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil.

Pergelutan yang berlaku itu dipercayai kerana mahu mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Terdahulu, ketua Pemuda Kedah dan Terengganu mengeluarkan kenyataan mendesak Najib meletak jawatan sementara Khairy berkata Umno perlu dibina semula. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen