MB Kedah yakin pimpin kerajaan yang stabil


The Malaysian Insight

SELEPAS mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir yakin beliau akan dapat memimpin kerajaan yang stabil.

Timbalan pengerusi Bersatu itu berkata kemungkinan PAS dan Barisan Nasional (BN) membentuk satu pakatan “hampir tiada”.

“Mereka pada dasarnya tidak dapat bersama (untuk membuat perhimpunan tergantung),” katanya selepas sidang media di Hotel TH, Alor Setar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Mukhriz memenangi 18 daripada 36 kerusi dalam dewan perundangan Kedah dengan PAS memenangi 15 dan BN 3.

Ketua PKR Kedah, Johari Abdul berkata Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan siapa yang akan mentadbir negeri jika terdapat perhimpunan negeri tergantung.

Mengenai cakap-cakap akan ada pembangkang yang lompat parti, Mukhriz berkata mereka terbuka menerimanya.

“Kami sudah membentuk kerajaan dan saya sudah menjadi MB.

“Jadi kami tidak terdesak (mendapatkan mereka) tetapi kami terbuka kepada kemungkinan itu.”

“Kemungkinan tiada bagi mereka bergabung untuk mendapatkan majoriti mudah kerana mereka tidak akan dapat melakukannya.”

Mengenai pelantikan ahli majlis exco negeri, Mukhriz berkata pemimpin tertinggi PH akan menentukan calon.

Mukhriz bersumpah di Istana Anak Bukit di depan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah petang tadi. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen