Najib, pemimpin Umno tiba di PWTC sempena sambutan ke-72


The Malaysian Insight

BEBERAPA ahli Majlis Tertinggi Umno seperti naib presiden Hishammuddin Hussein, ketua penerangan Annuar Musa dan Tajudin Abdul Rahman tiba di PWTC, ibu pejabat Umno, petang ini.

Sempena sambutan ulang tahun ke-72 Umno, parti itu akan mengadakan acara doa selamat dan makan malam di PWTC malam ini.

Semua bekas menteri itu yang tiba tanpa iringan pengawal, enggan bercakap dengan wartawan ketika ditemui.

Presiden Umno Najib Razak setakat ini masih belum tiba.

Umno mengalami kekalahan paling besar pada 9 Mei lalu apabila ia hanya menang 58 kerusi Parlimen. Pada 2013, Umno menang 88 kerusi Parlimen.

Selepas 60 tahun memerintah, Barisan Nasional tewas kepada Pakatan Harapan apabila ia hanya menang 79 kerusi berbanding 133 pada 2013.

Najib kelihatan terus ke dewan solat bersebelahan tempat letak kereta di bawah Menara Dato Onn sebaik saja tiba.

Beliau enggan bercakap dengan wartawan. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen