Lepas Upko, LDP pula tinggalkan ‘kapal karam’ BN


The Malaysian Insight

SELEPAS Upko meninggalkan Barisan Nasional (BN), satu-satunya parti Cina di Sabah, Liberal Democratic Party (LDP) turut mengikut jejak dengan enggan lagi bersama BN ketika gabungan yang pernah berkuasa di negeri itu satu ketika lalu, semakin hilang sokongan.

Keputusan untuk keluar itu dibuat sejurus parti itu mengakui kekalahan di empat kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada PRU14.

Presiden LDP Teo Chee kang juga gagal mengekalkan kerusinya di Tanjung Kapor, tewas kepada calon Warisan, Chong Chen Bin dengan 2,992 majoriti undi.

“LDP tewas dan kami kini mendengar mesej bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahan rejim.

“Saya sudah berbincang dengan ahli majlis tertinggi dan kata sepakat dicapai bahawa LDP keluar daripada BN,” kata Teo.

Mesyuarat itu diadakan di ibu pejabat parti, malam semalam.

Semalam, Upko turut mengumumkan keluar daripada BN. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen