Kerajaan BN di Sarawak berdepan cabaran baru


The Malaysian Insight

KERAJAAN Sarawak kini mula merasai bagaimana menjadi sebuah negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

Pejabat Jabatan Penerangan di Kuching tiba-tiba berhenti mengeluarkan “Nota untuk Editor” harian kepada semua media.

Nota itu, yang lebih dikenali sebagai NTE, adalah mengenai urusan awam harian ketua menteri, menteri, penolong menteri dan menteri persekutuan.

Jabatan ini adalah agensi persekutuan.

“Ya, mereka menghentikannya,” kata sumber di Pejabat Ketua Menteri kepada Malaysia Decides.

“Kecuali pemberitahuan peristiwa yang dihadiri oleh ketua menteri dan TYT (Gabenor). Mereka tidak lagi memberi notis mengenai menteri dan pembantu menteri.

“Mereka mengikut apa yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor sejak bertahun lalu,” kata sumber itu.

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Cheng Loi Hee berkata, jabatan itu tidak lagi mengeluarkan nota berkenaan, sambil menambah beliau menghebahkan aktivit awam Abang Johari Openg pada Ahad dan Isnin melalui WhatsApp dan media sosial.

Jabatan ini belum lagi secara rasmi memperincikan prosedur operasi barunya di bawah kerajaan persekutuan Pakatan Harapan. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen