PEMUDA Umno Kedah menuntut presiden parti itu Najib Razak meletak jawatan serta merta atas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Ketua pergerakan itu, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata Umno dan BN tidak boleh lagi menanggung liabiliti peribadi dan perubahan kepimpinan lebih muda dan pendekatan baharu diperlukan jika mahu bangkit semula.
“Pemuda Umno Kedah juga konsisten mempertahankan presiden sebelum ini, namun demi kelangsungan parti pada masa hadapan
“Kita mendesak supaya Najib berjiwa besar mengosongkan jawatan beliau demi memberi laluan kepada kepimpinan yang lebih muda dan berupaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – 11 Mei, 2018.
MENYUSUL
Komen