Cap jari kes serangan asid Faisal Halim tidak lengkap, kata KPN


Fotofit suspek kes serangan asid yang diedarkan. Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek untuk tampil membantu siasatan.– 22 Mei, 2024.

LIMA daripada lapan cap jari yang ditemui di tempat kejadian di mana pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim diserang dengan asid adalah tidak lengkap, lapor Bernama.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata baki tiga cap jari tidak sepadan dengan mana-mana dalam pangkalan data polis, menunjukkan individu terbabit tidak mempunyai rekod lampau.

“Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali orang itu tampil membantu siasatan,” katanya pada Selasa.

Pada 5 Mei lalu, Faisal melecur tahap empat di beberapa bahagian badannya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Kecederaan ini telah menyekat pergerakan dan pertuturannya. – 22 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen