KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Sabah dalam bahaya dengan kemungkinan hilang majoriti 60 kerusi tidak sampai beberapa jam selepas Ketua Menteri Musa Aman mengangkat sumpah jawatannya malam tadi.
Dua Adun Umno-Barisan Nasional (BN), Abdul Muis Picho (Sebatik) dan Hamisah Samat (Tanjong Batu) hadir ke kediaman rasmi Presiden Warisan Shafie Apdal kira-kira jam 12.15 dipercayai untuk membincangkan hal pertukaran parti.
Pada jam 2.15 pm, Hamisah keluar dan terus menaiki kenderaan.
Sumber daripada Warisan memberitahu Malaysia Decide wakil rakyat itu akan terus menghantar surat kepada Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk memberitahu status parti beliau.
Sementara itu Ketua Wira Warisan dan Ahli Parlimen Sepanggar mengesahkan Hamisah sudah menyertai parti itu.
Sumber daripada Warisan memberitahu Malaysia Decides, wakil rakyat itu akan terus menghantar surat kepada Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk memberitahu status parti beliau.
Sekiranya Abdul Muis mengesahkan keahlian, kerusi gabungan Warisan, PKR dan DAP negeri ini akan menjadi 31, mengatasi BN dan Parti Suara Tanah Airku (Star) yang diketuai Musa Ama
Shafie kini dilaporkan bersama Hamisah, Abdul Muis di istana bersama tiga lagi adun Upko yang sebelum ini menyokong BN, Abidin Madingkir (Panginatan) Bobby Suan (Nabawan) dan Ewon Benedict (Kadamaian) untuk menghantar surat rasmi bertukar parti kepada Juhar.
Semalam, Musa mengangkat sumpah di hadapan Juhar pada jam 11.06 malam.
Sekiranya cukup, beliau dipercayai akan cuba sekali lagi bertemu dengan Juhar untuk membentuk kerajaan negeri.
Kesemua Adun Warisan sedang berkumpul di rumah Shafie dengan pakaian formal dan akan bergerak bila-bila masa ke istana. – 11 Mei, 2018.
Komen