Malaysia mesra dengan semua, termasuk China, kata Dr Mahathir


The Malaysian Insight

MALAYSIA mahu mesra dengan semua negara, termasuk China kerana ia sebuah negara perdagangan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ia menjadi kunci bagi Malaysia kepada semua pasaran termasuk China, meskipun terdapat perbezaan ideologi

“Malaysia adalah sebuah negara perdagangan. Kita perlukan pasaran. Kita tak boleh bergaduh dengan orang (negara) lain sebab ideologi mereka.

“Kita mahukan akses kepada semua pasaran di dunia, timur atau barat, komunis atau bukan komunis, itu bukan pertimbangan kita. Tugas kita ialah menjalinkan hubungan,” kata perdana menteri pada sidang media hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada sidang media malam tadi berkata Putrajaya akan meneliti semula beberapa projek melibatkan China.

Semalam, Beijing berkata Malaysia perlu menghormati hubungan dua hala yang dibuat oleh bekas perdana menteri Najib Razak. – 11 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen