Agong sedia ampunkan Anwar, kata Dr Mahathir


The Malaysian Insight

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Beliau berkata,perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnya bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya pada satu sidang media di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik.”

Anwar dipenjarakan pada 2015 selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong akan membolehkan Anwar terlibat semula dalam politik.

Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan yang dipecat Dr Mahathir pada 1998.

Sekarang, beliau merupakan Ketua Umum PKR dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH). 

Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet baharu Dr Mahathir. – 11 Mei, 2018.

 




 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen