Undang-undang tidak adil, menekan akan dikaji semula 


The Malaysian Insight

ANTARA perkara pertama yang menjadi agenda Pakatan Harapan adalah untuk menyemak semula undang-undang yang “menekan”, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata undang-undang yang akan dikaji semula antaranya adalah Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

“Kita akan mansuhkan undang-undang yang tidak adil dan menekan. Kita perlu kaji semula undang-undang anti berita palsu dan MKN yang direka untuk menakutkan rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan baharu yang dibentuk juga akan melihat dakwaan yang tidak adil terhadap ahli politik pembangkang.

“Kita perlu melihat semula semua dakwaan yang dikenakan terhadap ahli pembangkang. Untuk melihat sekiranya terdapat kes atau tidak,” kata Dr Mahathir. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen