Penantian penyokong PH berakhir selepas Dr Mahathir angkat sumpah 


The Malaysian Insight

PENANTIAN penyokong Pakatan Harapan, yang kebanyakannya berhimpun di Hotel Sheraton di Petaling Jaya hari ini akhirnya tamat apabila menerima kembalinya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara.

Penyokong menonton siaran langsung upacara mengangkat sumpah Dr Mahathir di Istana Negara di telefon bimbit, sementara ratusan petugas media menunggu di dewan bankuet utama hotel untuk sidang akhbar malam ini.

Sorakan bergema apabila Dr Mahathir menandatangani beberapa dokumen akhir di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya rasa macam hendak menangis,” kata Rohayudin Yaacop.

“Kami berkerja di belakang tabir sejak 2015, selepas The Wall Street Journal membuat pendedahan terhadap Najib Razak,” kata sukarelawan Bersatu yag juga ahli perniagaan, yang mengendalikan 38,000 Facebook Warisan Pemikiran Tun Mahathir.

“Keputusan pilihan raya ini tidak mengejutkan. Kami sedar rakyat tidak gembira. Kami lebih tahu berbanding orang lain.”

Rohayudin yang merupakan penerima biasiswa peajaran di Jepun pada lewat 1980an ketika Dr Mahathir mula-mula menjadi perdana menteri itu berkata, beliau berharap kerajaan baharu ini akan mengamalkan tender terbuka dan lebih telus dengan kewangannya.

“Saingan bebas adalah baik. Ia tidak sepatutnya hanya Melayu lawan Melayu. Selepas seketika, kamu tidak akan dapat menyaingi pasaran terbuka. Saya berharap ia akan menamatkan kronisme.”

“Saya gembira belkau kembali,” kata seorang lagi sukarelawan Bersatu, Jamani Derimin.

Lelaki berketurunan Kadazan dari Sabah yang kini menetap di Ampang berkata, beliau sentiasa yakin dengan kemenangan PH.

“Kami bermula di platform akar umbi menggesa Najib berundur,” katanya merujuk kepada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, salah satu pendahulu kepada ersatu sebelum ia ditubuhkan pada lewat 2016.

Bagaimanapun, terdapat aduan dengan cara majlis angkat sumpah Dr Mahathir dikendalikan.

“Saya tidak gembira dengan penangguhan angkat sumpah. Kenapa perlu jadi begitu? Kamu meninggalkan persoalan besar kepada kami. Rakyat telah berikan mandat mereka. Kamu hanya menangguhkan perkara yang tidak dapat dielakkan,” kata Jamani yang merupakan sukarelawan kempen Bersatu di kerusi Parlimen Putrajaya.

Sukarelawan PKR dari Melaka Rahizan Razali, 49 turut senada dengan Jamani.

“Ketika Barisan Nasional menang sebelum ini, langsung tiada penangguhan. Penangguhan (kali ini) langsung membuatkan saya tidak selesa.”

Ditanya apa yang diharapkan dengan kerajaan baharu, beliau berkata: “Berikan Anwar pengampunan. Kami amat berharap perkara itu.”  – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen