RAKYAT berhimpun di padang di Kota Kinabalu untuk menyaksikan majlis angkat sumpah Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh jelas kecewa dengan tindakan presiden Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Dua kerusi negeri - Bingkor dan Tambunan - yang dimemangi parti itu menjadi penentu sama ada Warisan atau BN yang akan membentuk kerajaan negeri.
Menurut Nadira Illana, orang ramai marah dengan Jeffery yang kini mempunyai rancangan besar untuk membantu atau menolak BN pada masa yang sama.
“Tiada siapa yang bercakap apa-apa mengenai Upko kecuali Jeffrey,” katanya.
Ada juga yang diihat membawa plakad yang tertera Jeffrey adalah oengkhianat kerana bantu BN bentuk kerajaan negeri.
Yee I-Lann mendakwa Dr Jeffrey, yang merupakan Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambun mengkhianati bukan sahaja pengundinya, tetapi juga seluruh rakyat Sabah. “Beliau sepatutya tahu dan memahami dengan lebih baik sentimen Sabah. Apa yang beliau buat menyebabkan kami hilang kepercayaan kepada pemimpin.
“Beliau khianati semua rakyat dan ia akan terus berlaku sehinggalah kita naikkan pemimpin yang boleh diharapkan,” katanya.
Adam Fistival yang merupakan ahli PKR berkata Jeffery dan engerusi BN negeri Musa Aman perlu disiasat oleh pencegah rasuah.
Menurutnya terdapat khabar angin di media sosial yang mendakwa Jeffrey dibayar RM20 juta untuk memihak kepada BN.
Ahli perniagaan Alvyn Marcus berkata Dr Jeffrey sepatutnya membuat pilihan yang tepat dan beridir di belakang Warisan, sebaliknya beliau memilih dan membiarkan Sabah menjadi negeri pembangkang di bawah Pakatan Harapan.
“Beliau hanyalah pengkhianat dan tersasar daripada perjuangannya untuk kembalikan hak negeri.
“Saya tidak pasti apa yang menyebabkan beliau bertindak demikian sama ada untuk kepentigan diri atau kepentingan rakyat Sabah.
“Dengan rekod buruk BN, sebab Jeffrey masih mahu sertainya juga masih tidak diketahui,” katanya.
Sementara itu, perhimpunan yang bermula dengan hanya sekumpulan kecil ssemakin bertambah yang mana ebih 500 orang berkumpul dalam tempoh kurang sejam.
Sesetengah peserta yang pada mulanya datang untuk menyaksikan angkat sumpah Dr Mahathir mendakwa, orang ramai mula tidak terkawal dan perhimpunan itu bertukar menjadi acara meluahkan kekecewaan mereka mengenai bagaimana BN mengekalkan kuasa.
Kawalan keselamatan diperketatkan di laluan memasuki Istana Negeri dan Sri Gaya sejak 9 Mei.– 10 Mei, 2018.
Komen