Istana Negara nafi Agong lengahkan majlis angkat sumpah Dr Mahathir


The Malaysian Insight

PIHAK Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikatakan sengaja menangguhkan majlis angkat sumpah Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh negara, sambil menegaskan bahawa majlis itu akan berjalan seperti yang dirancang malam ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata dalam satu kenyataan bahawa penangguhan upacara itu adalah kerana Agong ingin bertemu dengan presiden semua parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia setelah menemuramah mereka dan mendengar pendapat mereka, memutuskan untuk menjemput Tun Dr Mahathir membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang mengikut Perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu.

“Istana Negara dengan tegas menyangkal dakwaan bahawa Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sengaja menangguhkan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Baginda raja telah melaksanakan tugasnya dan sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Tun Dr Mahathir.”

Perkara 43 (2a) menyatakan bahawa Agong melantik perdana menteri yang kemudiannya melantik Kabinet.

Kenyataan itu berkata Istana Negara juga menerima surat daripada anggota komponen PH pada jam 1.38 petang hari ini menyokong pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, sambil menambah bahawa Agong menanti-nantikan untuk bekerjasama dengan kerajaan PH yang baru.

“Tuanku sangat menyokong dan menghormati proses demokrasi dan keinginan rakyatnya.

“Tuanku berharap untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan pentadbirannya untuk kebaikan negara kita dan semua rakyatnya.”

Dr Mahathir dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara malam ini pada pukul 9.30 malam. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen