Apa selepas ini, Malaysia?


The Malaysian Insight

APA yang akan berlaku selepas menumbangkan Barisan Nasional selepas senam dekad memegang kerajaan persekutuan?

Selain majlis angkat sumpah Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri untuk kali kedua pada usia 92 tahun malam ini, peralihan kuasa kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan, banyak perkara bermain di fikiran rakyat Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripadanya, yang dikumpul daripadan perbualan dengan rakyat dan posting di media sosial ketika rakyat Malaysia sedang dalam proses untuk perubahan dalam negara.

1. Apa yang akan berlaku kepada kedudukan Najib Razak dalam Umno dan BN? Siapa yang akan mengambil alih jawatan presiden parti selepas gagal mengekalkan kemenangan pada PRU14 dan siapa yang akan mengambil alih parti yang tidak lagi mempunyai akses kepada sumber persekutuan? Adakah BN akan mula runtuh dari dalam? Apakah masa deoan MCA, MIC, Gerakan dan MyPPP?

2. Apakah yang akan berlaku kepada media arus perdana yang dikawal oleh parti BN seperti Umno dan MCA, dan juga ahli perniagaan yang rapat dengan kerajaan BN? Bagaimana mereka akan kawal perubahan liputan?

3. Adakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membatalkan sekatan mereka terhadap laman yang disekat sebelum ini, seperti Medium dan Sarawak Report?

4. Apakah yang akan diperjuangkan oleh Bersih 2.0 sekarang?

5. Apa yang akan terjadi kepada institusi utama seperti, kehakiman, mereka yang dilantik di bawah perntadbiran BN?

6. Bagaimana pula dengan ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam skandal seperti Tabung Haji, atau mereka yang kehilangan kerusi PRU14 seperti Shahrir Samad Umno di Johor Baru?

7. Begitu juga, janji PH untuk memperbaharui GLC sangat dijangka, memandangkan ini adalah pemacu di mana Putrajaya di bawah BN telah memastikan kawalan ketat terhadap ekonomi Malaysia seperti diteliti oleh ahli ekonomi terkemuka Edmund Terence Gomez.

8. Bagaimanakah kerajaan PH akan membuka semula kertas siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad secara intensif selepas cubaan kerajaan BN cuba membersihkannya? Dan secepat manakah ia akan dilakukan?

9. Adakah Teoh Beng Hock yang jatuh daripada banguna ketika disiasat pihak berkuasa anti rasuah dan timbalan pendakwaraya Kevin Morais yang dibunuh kerana didakwa mendrafkan kertas siasatan ke atas pemimpin kanan berhubung 1MDB, akhirnya akan mendapat keadilan?

10. Adakah kerajaan PH kini mengamalkan cadangan oleh suruhanjaya siasatan diraja 2005 untuk pembaharuan polis, seperti penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah laku Polis Bebas (IPCMC)? Atau bolehkah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diberi lebih kebebasan untuk menangani salah laku polis? Adakah kita akan melihat penurunan atau pengakhiran kes kematian dalam tahanan polis?

11. Adakah rakyat Sabah akan mendapat jawapan daripada kerajaan persekutuan PH mengenai Projek IC yang didakwa melibatkan Dr Mahathir sebagai cara mengubah demografik populasi Sabah ketika menjadi perdana menteri sebelum ini?

12. Apa akan terjadi kepada status Bersatu dan PH yang cuba dan gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan? Adakah status Umno selepas memfailkan tindakan mahkamah berhubung status tidak sah?

13. Bagaimana kerajaan PH mengendalikan ketua jabatan dan agensi dalam pekhidmatan awam yang sebelum ini didakwa memberi layanan tidak adil terhada pakatan itu ketika menjadi pembangkang?

14. Adakah naib presiden PKR Rafizi Ramli masih perlu masuk penjara atau diberi pengampunan? Adakah PH akan menyemak semula undang-undang pemberi maklumat bagi memastikan mereka dilindungi daripada dihukum?

15. Undang-undang manakah menjadi keutamaan kerajaan PH untuk digubal atau disemak semula, terutamanya yang memberi kuasa perdana menteri, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri? Atau undang-undang hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh ahli politik PH? – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen