SELEPAS Pakatan Harapan (PH) mencatat kemenangan besar di kubu kuatnya, Pulau Pinang, jumlah pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kini berkurangan.
Kini BN hanya tinggal dua kerusi DUN selepas hilang lapan kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam. Ini menimbulkan tanda tanya, bagaimanakah pembangkang akan berfungsi dalam dewan negeri untuk lima tahun akan datang.
Tiada lagi wakil rakyat berpengalaman dan lantang bersuara seperti Muhammad Farid Saad, Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan Shariful Azhar Othman yang hilang kerusi di Pulau Betong, Teluk Bahang dan Bertam.
Yang tinggal cuma Muhammad Ysuoff Mohd Noor (Sungai Dua) dan muka baharu, Hafizah Othman (Permatang Berangan). Manakala wakil pembangkang ketiga ialah dari PAS, Yusni Mat Piah.
Ketiga-tiga wakil pembangkang ini tidak akan berpeluang untuk mencabar usul, dasar atau cadangan dari kerajaan negeri.
Peranan masyarakat awam
Dengan kekurangan kelab penyokong pembangkang, penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata masyarakat awam perlu memainkan penting untuk memastikan PH yang menang 37 daripada 40 kerusi DUN mentadbir dengan amanah.
Khoo berkata ada pembnagunan, pelan dan keputusan kerajaan negeri yang masuk penggal ketiga ini dibuat benar-benar demi kepentingan rakyat.
“Keputusan PRU14 di Pulau Pinang adalah kerana tsunami rakyat Malaysia dan sebahagiannya kerana rakyat marah dengan BN. Umno hilang banyak kerusi yang dulunya sukar untuk ditawan PH.
“Masyarakat awam jangan terlalu gembira. Mereka mesti mainkan peranan mereka. Jika tidak, akan lebih sukar untuk ‘check and balance’ di Pulau Pinang.
“PH sekarang ini adalah kerajaan Persekutuan dan negeri. Memandangkan pilihan raya ini rakyat yang menang, PH mesti juga ingat untuk berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau.
Kata Khoo, media yang diharapkan akan lebih bebas di bawah kerajaan Persekutuan baharu, juga perlu menyemak kerajaan.
Kembalikan pemilihan tempatan
Khop berkata memandangkan PH kini berjaya mengambil alih Putrajaya, Pulau Pinang perlu berusaha untuk mengetengahkan dasar yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.
“Dengan kuasa yang PH ada sekarang, mereka perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan pemilihan kerajaan tempatan bagi mempromosikan demokrasi di peringkat tempatan.”
Beliau menambah PH juga perlu mengakji semula Rancangan Induk Pengangkutan (PTMP) yang bernilai berbiilion ringgit dan projek infrastruktur meganya.
“PH kini mempunyai bidang kuasa Persekutuan berkaitan isu-isu seperti pengangkutan awam.”
Kapten baharu?
Sejak dua penggal sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang telah dipimpin oleh ketua menteri yang berpengaruh iaitu Lim Guan Eng.
Di bawah kepimpinan Lim, banyak dasar sosio-ekonomi dan perubahan yang dibawanya.
Pulau Pinang turut membentangkan PTMP yang mencadangkan sistem transit rel ringan, laluan monorail dan tram, perkhidatan bas, jalan raya dan lebuh raya. Pentadbiran Lim juga mencadangkan projek penambakan tanah dan terowong bawah laut yang menghubungkan Butterworth dan George Town.
Namun, dengan PH di Putrajaya, Lim mungkin akan diberi jawatan menteri Persekutuan. Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow kini disebut-sebut akan menggantikan tempat Lim sebagai ketua menteri.
Pulau Pinang setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman berkenaan jawatan tersebut dan masih belum menetapkan tarikh mengangkat sumpah adun-adun yang baru dipilih. – 10 Mei, 2018.
Komen