Dr Mahathir tiba di Istana Negara


The Malaysian Insight

DR Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara hari ini untuk menghadap sembah Yang di-Pertuan Agong. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijangka akan menyempurnakan angkat sumpah malam ini.

Majlis angkat sumpah dijalankan selepas Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir, memaklumkan kepada istana bahawa beliau merupakan pilihan sebagai perdana menteri.

Ratusan penyokong berkumpul perkarangan istana dan Dr Mahathir tiba sebelum jam 5 petang. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen