Bursa Malaysia jadi tumpuan ketika pasaran jatuh susulan data inflasi AS


ANGKA inflasi bulanan terkini Amerika Syarikat (AS) melenyapkan harapan untuk menyaksikan penurunan kadar faedah Jun, yang seterusnya menyebabkan pasaran saham Asia jatuh semalam.

Analisis ING menyatakan inflasi AS menjejaskan peluang penurunan kadar Rizab Persekutuan (FED) pada Jun. 

“Inflasi AS pada kadar 0.4% MoM untuk bulan ketiga berturut-turut, lebih dua kali ganda kadar yang perlu kita capai secara konsisten untuk menurunkan inflasi kepada 2% YoY.

“Jangkaan kadar faedah FED Jun jatuh dengan lebih tinggi bagi naratif lebih panjang berhubung kadar yang kukuh. September akan menjadi peluang paling awal untuk sebarang kelonggaran dasar,” tambahnya.

Data inflasi yang mengecewakan juga menyebabkan ketiga-tiga indeks utama di Wall Street jatuh rugi.

Asia mengikutinya pada pagi Khamis tetapi ada yang melambung ke tahap positif manakala yang lain meminimumkan banyak kerugian mereka, lapor AFP.

Hong Kong, Tokyo, Sydney, Singapura, Wellington, Taipei, Bangkok dan Manila menyusut, manakala Shanghai dan Seoul mengukuh.

London mendatar pada waktu pagi, Paris merosot dan Frankfurt naik.

“Kesan bacaan inflasi AS akan menjadi sebutan di seluruh pasaran ekuiti serantau,” Tony Sycamore, dari IG Australia, dipetik sebagai berkata dalam laporan AFP.

Semua mata kini tertumpu kepada Bursa Malaysia apabila ia dibuka untuk dagangan pagi ini selepas ditutup selama dua hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Penutupan dagangan pada Selasa, Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit, disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.47 mata, atau 0.42%, kepada 1,553.51 daripada 1,559.98 penutup pada Isnin.

Pada Selasa, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dilaporkan berkata oleh Bernama yang “keuntungan (pada Selasa) adalah terhad disebabkan oleh jangkaan data inflasi utama dan isyarat lanjut mengenai kadar faedah AS.”

“Fokus pelabur tertumpu terutamanya pada data Indeks Harga Pengguna AS untuk mendapatkan gambaran lanjut mengenai kadar faedah, terutamanya selepas laporan senarai gaji bukan ladang yang kukuh menyebabkan peniaga melaraskan jangkaan bagi penurunan kadar pada Jun,” katanya.

Bagaimanapun dengan angka inflasi AS terkini, berkemungkinan Bursa Malaysia juga akan mengalami kemerosotan apabila dibuka hari ini. – 12 April, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen