Arab Saudi sambut Aidilfitri esok


Di Malaysia, melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Aidilfitri akan dilakukan petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2024.

ARAB Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, umum kerajaan pada akaun X semalam.

“Mahkamah Agung mengisytiharkan esok hari terakhir #Ramadan dan Rabu hari pertama #Aidiladha,” menurut Agensi Akhbar rasmi Arab Saudi.

Waktu Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar Islam.

Media Arab Saudi melaporkan anak bulan tidak kelihatan pada Isnin.

Emiriah Arab Bersatu dan Qatar juga mengumumkan Aidilfitri jatuh pada Rabu.

Di Malaysia, melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Aidilfitri akan dilakukan petang ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kemudiannya akan mengumumkan tarikh Aidilfitri melalui radio dan televisyen malam ini.

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti di seluruh negara untuk melihat anak bulan Syawal.

Umat Islam Malaysia sebahagian besarnya menjangkakan Aidilfitri jatuh pada Rabu. Mereka memulakan puasa Ramadan pada 12 Mac lalu. – 9 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen