Petisyen kepada Agong kumpul 299,000 tandatangan dalam masa 4 jam


The Malaysian Insight

PETISYEN dalam talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong untuk menghormati kehendak rakyat dan mengakui kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tular dan memperolehi lebih daripada 299,000 tandatangan sejak dilancarkan empat jam lalu.

“Oleh kerana kemenangan besar yang dicapai Pakatan Harapan, suara rakyat majoriti yang jelas dan perlunya kesegeraan dalam mengisytiharkan Kerajaan Malaysia yang baru bagi meneruskan pengurusan negara tanpa gangguan, kami berdoa agar satu tindakan oleh Raja-raja,“kata pemangku petisyen Brian Jit Singh di laman change.org (https://www.change.org/p/yang-dipertuan-agung-petition-to-rulers-of-malaysia-to-endorse-pakatan-harapan-government).

Salah seorang penandatangan Mary Wilson berkata beliau mahu Malaysia yang lebih baik dan masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

Pei See Mah berkata dia menandatanganinya kerana mahukan kerajaan baru yang bersih, telus dan bebas daripada rasuah.

Emily Choong mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad kerana mengetuai perjuangan untuk masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Ramai lagi turut menyatakan rasa kasih kepada negara dalam komen mereka.

Perdana menteri sementara Najib Razak mengadakan sidang akhbar pagi ini tetapi tidak mengakui kekalahan.

Dia mendakwa tidak ada satu parti politik yang memperoleh majoriti mudah dan berkata yang Yang di-Pertuan Agong akan menentukan siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen