UNITED Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan bekerjasama dengan Warisan.
Presidennya Wilfred Madius Tangau berkata beliau akan memaklumkan kepada Yang di-pertua Negeri Sabah mengenai perkara tersebut.
“Kami lihat dalam pilihan raya kali ini rakyat telah bersuara dan majlis tertinggi parti sudah membuat keputusan untuk keluar dari BN dan menyertai Warisan.
“Sudah tentu kami amat terhutang budi dengan BN kerana memberi kami peluang dan sudi mendengar pandangan kami, tetapi mesejnya sudah cukup jelas tentang apa yang rakyat mahukan,” katanya pada sidang media di Sutera Harbour di Kota Kinabalu selepas mengadakan mesyuarat bersama Shafie Apdal.
Dengan penyertaan Upko, Warisan mempunyai 34 kerusi majoriti dan sekaligus boleh membentuk kerajaan negeri.
Keputusan pilihan raya mengikat Warisan dan BN seri dengan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun terdapat khabar angin bahawa BN mendapat sokongan parti Stram yang mempunyai dua kerusi DUN iaitu Bingkor dan Tambunan. – 10 Mei, 2018.
Komen