PAKATAN Harapan (PH) memperoleh lebih daripada 135 kerusi parlimen bagi membolehkan Pengerusinya, Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Ini termasuk 121 ahli Parlimen dari PH dan Sarawak yang kini menyokong Parti Warisan Sabah, serta beberapa parti kecil lain, kata Dr Mahathir.
“Jadi kita (PH) ada lebih daripada 135 (ahli Parlimen). Mereka semua sudah menandatangan deklarasi yang sama bahawa mereka menyokong calon Ph sebagai perdana menteri, yang anda semua mungkin sudah dengai iaitu Dr Mahathir Mohamad,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Petaling Jaya hari ini, selepas timbul spekulasi apabila Istana Negara berkata tiada acara mengangkat sumpah perdana menteri baharu akan diadakan pada hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai pecahan kerusi 135 terbabit.
Di sepanjang sidang media itu, beliau beberapa kali mengulangi bahawa menurut Perlembagaan, seorang perdana menteri perlu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan tidak dipilih berdasarkan sokongan parti politik.
Dr Mahathir juga menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin parti komponen PH - PKR, Bersatu, DAP, dan Amanah - kesemuanya telahpun menandatangani surat yang dihantar akan dihantar kepada Agong, yang menyatakan sokongan untuk melantik beliau dilantik sebagai perdana menteri.
“Kita akan hantar surat ini, tetapi ia bukanlah keperluan bagi menamakan PM, apa yang perlu ialah majoriti ahli Parlimen.”
Tambah beliau, parti-parti dalam PH juga telah meminta semua ahli Parlimen mereka supaya “menandatangani dan mengisytiharkan” bahawa mereka menyokong calon perdana menteri PH.
Daripada 222 kerusi Parlimen, 104 dimenangi oleh PH, diikuti BN (79), PAS (18), DAP (9), PArti Warisan Sabah (8), Solidariti Tanah Airku (1), dan baki tiga oleh Bebas. – 10 Mei, 2018.
Komen