Calon Pakatan di Tasek Gelugor mungkin cabar keputusan PRU14


The Malaysian Insight

PAKATAN Harapan (PH) sepatutnya boleh menang kerusi Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN) malam tadi, jika tidak kerana perbezaan hanya 81 kerusi saja.

Calon PH, Marzuki Yahya daripada Bersatu mendapat 18,466 undi sementara penyandang kawasan itu, Shabudin Yahaya daripada Umno menang dengan 18,547 undi.

Ketika keputusan akhir keluar, dengan lebih 689 undi rosak dan hampir 300 lagi tidak kembali, Marzuki meminta pengiraan semula tetapi tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Marzuki yang juga pengerusi Bersatu Pulau Pinang bercadang untuk mencabar SPR kerana tidak membenarkan pengiraan semula.

“Kami mahu tahu kenapa terlalu banyak undi rosak. Wakil saya akan membuat laporan polis hari ini,” katanya.

Pulau Pinang menyaksikan PH menang besar malam tadi apabila gabungan pembangkang menang 11 daripada 13 kerusi Parlimen, dan 37 daripada 40 kerusi DUN untuk mengekalkan kerajaan negeri bagi penggal ketiga.

Pada PRU13, BN hanya menang tiga kerusi Parlimen – Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.

Pada PRU ini, BN menerusi parti utamanya Umno, tewas di Balik Pulau dan semua kerusi DUN kepada PKR dan Bersatu. Di Kepala Batas, ia menang kerusi Parlimen tetapi hingga tiga kerusi DUn kepada PH.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang di Tasek Gelugor dengan majoriti nipis, dan dua lagi kerusi DUN –Sungai Dua and Permatang Berangan. Kerusi DUN Teluk Ayer Tawar jatuh kepada PKR. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen