Azmin beri penghormatan kepada rakyat kerana berani berubah


The Malaysian Insight

MENTERI besar Selangor sementara Mohamed Azmin Ali memuji rakyat termasuk Selangor kerana berjaya melakukan “100% tsunami rakyat Malaysia” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Beliau berkata hari ini, keputusan itu di luar jangkaannya, dengan PH Selangor merampas 51 daripada 56 kerusi negeri.

“Ini adalah tsunami yang melanda seluruh negara bagi kerusi negeri dan Parlimen.

“Di Selangor, kita menyaksikan majoriti memihak kepada Pakatan Harapan (PH). Kami memenangi 51 daripada 56 kerusi di negeri ini - 91% yang menakjubkan.

“Keputusan luar biasa ini melebihi jangkaan saya sendiri sebanyak 40 kerusi. Saya benar-benar rendah diri dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap dasar dan prinsip kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PH menang 104 kerusi, diikuti oleh Barisan Nasional (79), PAS (18), DAP (sembilan), Parti Warisan Sabah (lapan), Solidairi Tanah Airku (satu) dan calon bebas (tiga) dalam PRU14.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mempertahankan dan memenangi kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Beliau berkata rakyat memilih demokrasi perlembagaan menentang kleptokrasi, kedaulatan undang-undang berbanding undang-undang individu, dan keadilan terhadap ketidakadilan.

Dengan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada PH dan menjangkakan masa depan yang baru, sudah tiba masanya kerajaan baru bekerja keras dan menyempurnakan janji PH dengan baik, katanya. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen