DUA bulan lalu, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan melaksana atau mengubah 10 perkara dalam tempoh 100 hari apabila berjaya membentuk kerajaan.
Semalam merupakan pilihan raya yang amat mengejutkan dan bersejarah. PH di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad akhirnya berjaya merampas Putrajaya.
100 hari untuk menunaikan janji-janji mereka bermula hari ini kerana Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan paling lama berkhidmat, kembali memegang peranan itu buat kali ketujuh.
10 janji PH itu ialah:
- menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) pada 2015 yang memberi beban kepada rakyat Malaysia.
- memperkenalkan semula subsidi minyak bagi menstabilkan harga petrol dan diesel yang naik pada setiap minggu kecuali pada minggu-minggu menjelang pilihan raya.
- memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.
- menyeragam dan meningkatkan gaji minimum di seluruh negara.
- menangguh bayaran pinjaman balik Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga peminjam memperoleh pemdapatan RM4,000 sebulan.
- menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji dan Felda; serta membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal-skandal ini ke muka pengadilan.
- memperkenalkan ‘Skim Peduli Sihat’ yang menyediakan subsidi rawatan kesihatan asas bernilai RM500 di klinik-klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
- mengkaji semua projek mega yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat asing, seperti projek East Coast Rail Link (ECRL) yang bernilai RM50 bilion. – 10 Mei, 2018.
-
Komen