Najib masih cuba selamatkan kapal yang hampir karam


The Malaysian Insight

JIKA ada yang tertanya-tanya kenapa keputusan rasmi PRU14 terlalu lambat diumumkan malam tadi, jawapannya mudah saja. Rundingan sedang dibuat untuk mencari cara bagaimana untuk Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa, termasuk di Putrajaya.

Sumber dalaman berkata kepimpinan tertinggi BN menghubungi sejumlah veteran yang berkait dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad untuk berbaik dan mencari jalan keluar yang selamat.

Tetapi pada masa sama, mereka juga menghubungi pemimpin PKR untuk menjadi sekutu yang boleh mengetepikan Dr Mahathir dalam mana-mana kerajaan yang bakal terbentuk.

Usaha keras rundingan itu sampai ke pengetahuan Dr Mahathir yang enggan menyertai sebarang perundingan, kata sumber.

Beliau beritahu pihak yang sibuk mendekati pakatan pembangkang itu bahawa mereka sudah memenangi pilihan raya dan proses politik perlu dihormati.

Senario seperti itulah yang melengahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengumumkan keputusan dan mendorong pemimpin negeri seperti Mohammad Hassan, bekas menteri besar Negeri Sembilan untuk membatalkan keputusan itu kerana kerjasama secara bersekutu mungkin terbentuk.

Sehinggakan pihak Istana Negara terpaksa campur tangan dan mengarahkan pegawai SPR mengumumkan keputusan sebaik saja ia disahkan.

Terdapat juga perbincangan mengenai pengurusan krisis dikenakan tetapi beberapa ketua yang lebih tenang seperti Timbalan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Fuzi Harun berjaya memujuk.

Difahamkan beberapa ketua negeri berbincang di kalangan mereka apabila semakin BN kehilangan Putrajaya dan akan berada di pihak pembangkang untuk kali pertama sejak Merdeka.

Pemimpin negeri seperti Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg juga memberitahu pemimpin kanan BN yang kehendak rakyat harus dihormati. Negeri Borneo itu mempunyai 31 ahli Parlimen, 19 daripadanya adalah daripada BN pada PRU14.

Pada ketika ini, rundingan masih berterusan di kalangan parti politik, dengan upacara angkat sumpah di Istana Negara ditangguhkan buat masa ini. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen