Dr Mahathir tidak angkat sumpah hari ini


The Malaysian Insight

DR Mahathir Mohamad tidak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara hari ini, menurut laporan berita.

Pegawai Komunikasi Istana Negara, Mohd Husni Yusop berkata pihak istana belum lagi menetapkan tarikh untuk upacara tetapi mengesahkan ia tidak akan berlaku hari ini.

Selepas Pakatan Harapan (PH) memperoleh majoriti mudah, Dr Mahathir memberitahu sidang media beliau akan menjadi perdana menteri hari ini.

Sejak itu, mesej menjadi tular dikeluarkan di media sosial yang majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada jam 9.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, ia didapati sebagai berita palsu. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen