Pengguna media sosial teruja, optimis dengan kelahiran Malaysia baru


The Malaysian Insight

PENGGUNA media sosial Malaysia hari ini bangun menyambut kedatangan Malaysia baru dengan mesej dan penuh optimis.

“Selamat pagi Malaysia!! #Negaraku,” tulis pengguna Twitter Ameer Faris (@AmeerFaris).

Beliau menyiarkan foto Jalur Gemilang dengan perkataan dan tarikh “Kelahiran semula 10.5.2018”, merujuk kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Faizal Tahir (@faizal_tahir) menulis tweet: “Melangkah ke luar. Mengambil nafas yang dalam. Sememangnya udara terasa begitu segar hari ini. Sangat menyegarkan #malaysia.”

“Selamat pagi Malaysia! Bukankah ia pagi yang indah! Bolehkah kamu mencium bau kebebasan?” tweet klubbkidd ™ (@klubbkiddkl).

Malam tadi, Malaysia dan dunia terkejut selepas Barisan Nasional (BN)dikalahkan selepas 61 tahun memerintah negara.

BN menang hanya 79 kerusi Parlimen manakala PH 104 kerusi.

Komponen PH, DAP di Malaysia Timur dan sekutu Parti Warisan Sabah menyumbang sembilan dan lapan kerusi kepada parti pembangkang.

PAS menang 18 kerusi. Tiga calon bebas juga menang manakala Parti Solidariti Tanah Airku memenangi satu kerusi.

Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dijadualkan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru pagi ini, tetapi pihak istana mengeluarkan kenyataan ia akan ditangguhkan kerana alasan keselamatan.

Di Facebook, laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report juga menyampaikan ucapan tahniah melalui Facebook.

“Tahniah kepada Malaysia. Anda kembali mempunyai orang yang bertanggungjawab, mempertahankan pendirian menentang rasuah dan masa depan anda adalah milik anda! Satu tugas yang baik!”

Peguam terkenal Siti Kasim menulis: “Hari jadi saya yang ke-55, tidak akan dapat dilupakan.”

Aktivis hak transgender Malaysia yang memenangi anugerah, Nisha Ayub menulis di Facebook yang beliau berharap kerajaan baru akan memastikan semua rakyat diberi hak mereka.

“Ia merupakan detik bersejarah bagi kita semua di sini untuk menyaksikan hari yang menakjubkan ini, di mana kita berusaha ke arah fasa baru, ke arah masa depan negara kita,” katanya.

“Kerajaan perlu mendahulukan rakyat dan membawa kita ke arah negara maju dan membangun.

“Setiap rakyat Malaysia tidak kira warna, bangsa, agama, identiti jantina dan seksualiti harus dilindungi dan diberi peluang serta hak sama rata seperti kita mengundi untuk perubahan ini dan kerajaan baru ini,” tulis Nisha. – 10 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen